~..Followers..~

Thursday, March 18, 2010

Zaid Bin Tsabit

Di usia 13 tahun, Zaid Bin Tsabit datang menemui Rasulullah Muhammad SAW. Ia datang membawa pedang yang panjangnya melebihi tinggi badannya. Tanpa rasa takut dan dengan penuh percaya diri pemuda kecil itu memohon kepada rasulullah agar diizinkan ikut berperang. “Saya bersedia syahid untuk anda wahai rasulullah. Izinkan saya pergi berjihad bersama anda untuk memerangi musuh-musuh Allah, dibawah panji-panji anda,” ucapnya dengan tegas. Rasulullah terpegun mendengar permintaan itu. Dengan penuh rasa haru, gembira dan takjub ia menepuk-nepuk bahu Zaid. Sayangnya, rasulullah tidak bisa memenuhi permintaan itu. Zaid masih terlalu muda untuk ikut berperang.

Zaid pulang dengan rasa kecewa. Ia sedih kerana tak diizinkan ikut berperang. Tapi kecintaannya yang tinggi terhadap islam tidak pupus. Dengan kecerdasannya, ia memikirkan hal lain yang mungkin dilakukan tanpa terhalang usia. Dibantu oleh sang ibu, Nuwar Binti Malik, ia mengajukan permohonan baru untuk ikut berjuang dijalan Allah. Sang ibu pergi menghadap rasulullah, menyampaikan kelebihan Zaid yang hafal tujuh belas surah dengan bacaan yang baik dan benar, serta mampu membaca dan menulis dengan bahasa arab dengan tulisan yang indah dan bacaan yang lancar. Lalu Rasulullah meminta Zaid mempraktikkan apa yang dikatakan ibunya. Rasulullah kagum, ternyata kemampuan Zaid lebih bagus dari yang disampaikan ibunya. Rasulullah meminta Zaid belajar bahasa Ibrani, bahasa orang Yahudi agar mereka tidak mudah menipu rasulullah.

Sebentar saja Zaid mampu menguasai bahasa itu. Setiap kali rasulullah mendapat surat atau akan membalas surat kepada orang Yahudi, maka beliau meminta Zaid melakukannya. Lalu rasulullah juga meminta Zaid belajar bahasa Suryani, ternyata Zaid mampu melakukan. Di usia yang masih muda, Zaid sudah menjadi orang kepercayaan rasulullah untuk menjadi sekretaris pribadi beliau. Tidak hanya itu. Karena kemampuannya membaca dan menghapal Al Qur’an, rasulullah juga mempercayakan Zaid untuk selalu menuliskan wahyu yang turun kepada rasulullah. Setiap kali wahyu turun, rasulullah memanggil Zaid, mendiktekan, dan meminta Zaid menulisnya.

Karena kedekatannya dengan Al Qur’an, setelah rasulullah wafat, Zaid menjadi rujukan utama bila ada yang ingin bertanya tentang Al Qur’an. Di masa Abu Bakar Siddiq menjadi khalifah, Zaid menjadi ketua kelompok yang bertugas menghimpun Al Qur’an. Dan dimasa pemerintahan Ustman Bin Affan, ia menjadi ketua penyusun mushaf Al Qur’an. Kerana kedalaman pengetahuannya akan Al Qur’an, ia diangkat menjadi penasihat umat islam dimasanya. Ia menjadi tempat bertanya bila ada masalah yang terkait dengan hukum islam. Terutama masalah warisan, dimasa itu hanya Zaid yang mahir membagi warisan sesuai aturan islam. Karena kemampuan itu, saat Umar Bin Khatab menjadi khalifah, Umar pernah berfatwa, “Hai manusia, siapa yang ingin bertanya tentang Al Qur’an, datanglah kepada Zaid Bin Tsabit….,”

Meski sudah menjadi ulama besar, namun Zaid tetap zuhud dan tawadhu'. Suatu hari saat ia sedang mengendarai seekor haiwan, ia kesulitan mengendalikan haiwan itu. Saat itu Ibnu Abbas melintas didepannya. Ia membantu Zaid mengendalikan hewannya. Lalu Zaid berkata, “Biarkan saja haiwan itu wahai anak paman rasulullah,” katanya. Ibnu Abbas menjawab, “Beginilah kami diperintahkan oleh rasulullah menghormati ulama kami.” Lalu Zaid menjawab, “kalau begitu berikan tanganmu padaku.” Ibnu Abbas memberikan tangannya, Zaid menciumnya dan berkata, “Begitulah caranya kami diperintahkan Rasulullah SAW untuk menghorrnati keluarga nabi kami.”

Kebesaran nama Zaid Bin Tsabit dan kedalaman ilmu yang dimilikinya menjadi sebuah kehilangan besar ketika tiba waktunya ia pergi menghadap Illahi Robbi. Kaum muslimin bersedih kerana mereka kehilangan seseorang yang dihatinya bersarang ilmu Al Qur’an. Bahkan Abu Hurairah mengungkapkannya sebagai kepergian Samudera Ilmu. Begitulah Zaid Bin Tsabit dengan keluasan ilmu Al Qur’an yang ia miliki. Semoga Allah merahmati dan memberi beliau tempat yang layak disisi-NYA. Amin.

Thursday, March 11, 2010

..al-fatihah buat Syeikh Mohamed Sayed Tantawi..


Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam. Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa. Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya.

Sumber : ( Malaysiakini edisi Rabu)

Friday, September 11, 2009

Dari mana hendak ke mana..??

Sedar tak sedar kini Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya..Adakah pelayaran kita di lautan dunia selama ini telah sempurna..?? dan bagaimana pula dengan bekalan untuk kita bawa untuk perjalanan seterusnya..?? Kalau dihitung, perjalanan hidup kita di dunia ini amatlah singkat. Sebelum ini kita semua telah melalui 2 alam iaitu alam roh dan alam rahim. Sedarlah, kita semua sedang mengembara, bermulanya perjalanan kita adalah asalnya dari alam roh.

Firman Allah kepada Nabi s.a.w.:
"Jika mereka bertanya kamu tentang roh, katakanlah perkara roh adalah urusan Tuhanku".

Setelah itu, kita semua singgah ke alam yang gelap gelita, sempit, dan alam yang singkat dimana disebut alam rahim.


Seterusnya berpindahlah kita ke alam yang sekarang ini kita semua sedang lalui dimana alam yang luas, dimana kita semua perlu bekerja, berusaha untuk menyediakan bekalan untuk menuju ke alam yang seterusnya.

Firman Allah :
"Berbekallah sebanyak-banyaknya, dan sebaik-baik bekalan adalah bekalan takwa..".

Sediakan amal ibadat dan kumpulkan sebanyak2nya untuk dibawa ke alam seterusnya..



Firman Allah lagi :" jangan pentingkan dunia semata-mata.."

Di sini telah menunjukkan bahawa kita semua di dunia ini mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap diri kita sendiri terutamanya di mana kita hendaklah memastikan segala amalan yang kita lakuakan adalah seimbang.. Amalan di mana untuk dunia dan amalan untuk akhirat.. Tapi ingatlah, kita tak diberitahu oleh pencipta kita bahawa bila kita akan berpindah ke alam seterusnya iaitu alam barzakh. Betapa pedihnya azab mati..seberat-berat azab dunia adalah seringan-ringan azab mati..ya Allah, betapa sakitnya..

Sabda Nabi s.a.w. :
"Barang sesiapa yg memerlukan kekasih, cukuplah Allah sebagai kekasihnya, barang sesiapa yang memerlukan sesuatu perkara untuk bermesra dengannya, cukuplah baginya al-Quran sebagai penghibur, dan barang sesiapa yang memerlukan perkara yang boleh menyedarkannya dari kelalaian, maka matilah sahaja yg boleh menyedarkannya. Barang sesiapa yang tidak mahu ketiga-tiga tersebut maka nerakalah jawapannya..".

Berikut satu kisah nabi Musa :
Pernah diriwayatkan satu ketika di mana nabi Musa ingin memastikan bagaimana sakitnya mati, nabi Musa telah pergi ke satu perkuburan dan bermunajat supaya Allah hidupkan orang yang telah mati agar nabi Musa dapat bertanya sendiri kepada orang yang telah mati bagaimana peritnya mati.., inilah di antara mukjizat nabi Musa dimana boleh meminta dengan Allah agar dihidupkan orang yang dah mati..sedang nabi Musa duduk di atas kubur dan meminta agar dihidupkan manusia yang telah mati, tiba-tiba kubur bergoyang dan terbelah dua, maka bangunlah seorang manusia, muncullah manusia yang ada tanda yang menunjukkan manusia itu seorang yang beriman tapi pada badannya ada kesan lebam-lebam. Nabi Musa bertanya kepada manusia tersebut bagaimana sakitnya azab ketika mati, manusia itu menjawab bahawa azab mati masih terasa padanya walaupun dah 90 tahun mati..ya Allah, tak dapat dibayangkan bagaimana peritnya azab mati..

Nabi s.a.w ada menyebut bahawa orang yang nak mati ade 2 jenis, yang pertama orang yang Allah sayang dan yang kedua orang yang Allah tak sayang.. Orang yang Allah sayang adalah orang yang telah menjalankan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya manakala orang yang Allah tak sayang adalah orang yang melanggar segala perintah Allah semasa hidup di dunia.. Maka orang yang Allah sayang disuruh oleh Allah kpd malaikat maut agar mencabut nyawa orang itu dengan baik dan orang yang Allah tak sayang sebaliknya..

Dalam alam barzakh, segala amalan kita akan dihitung..adakah cukup amalan yang kita bekalkan semasa belayar di lautan dunia.. Di sinilah kita akan ditanya oleh mungkar dan nakir,

Sabda nabi s.a.w :
"Jika kamu dapat jawab semua soalan mungkar dan nakir, maka tidurlah kamu seperti tidurnya pengantin di mana tidur yang tenang sehingga hari kebangkitan. tapi jika kamu tidak boleh jawab, maka terseksalah kamu sehingga hari kebangkitan."

Alam seterusnya ialah alam mahsyar atau juga dikenali sebagai alam atau tempat di mana kita semua akan dihimpunkan.. Di sini tiada 2, 3 atau 4, yang ada hanyalah 1 mahkamah dan 1 hakim..

Sabda nabi s.a.w :
"Ada 7 jenis atau kumpulan manusia yang akan diletakkan di bawah bayang-bayang atau yang akan selamat di sini :
1. pemimpin yang adil.
2. anak muda atau remaja yang diasuh (baik).
3. orang yang terpikat dengan masjid.
4. 2 orang yang berkasih sayang kerana Allah.
5. bila ingat Allah, dia akan menangis memikirkan dosa dan pahala.
6. derma tanpa pengetahuan orang.
7. seorang lelaki apabila diajak perempuan buat maksiat, dia jawab "maaf saya takut
Allah..", begitu juga sebaliknya..

Di sini, sebelum berbicara di mahkamah Allah, manusia dipecahkan kepada 3 kumpulan :
kumpulan 1 : golongan yang dibawa ke neraka tanpa dihisab dahulu..
kumpulan 2 : golongan yang bertakwa kepada Allah..dan dibawa terus ke syurga tanpa
dihisab dahulu..
kumpulan 3 : golongan yang akan dihisab oleh Allah s.w.t..golongan ini dibahagikan
kepada 3 :
* dosa tak banyak - golongan ini pada mulanya Allah suruh malaikat
bawa terus ke neraka..di sini lah umat nabi s.a.w. mendapat syafaat,
dan maka mereka akan selamat dan dimasukkan ke syurga.
* dosa banyak - Allah suruh malaikat bawa golongan ini terus ke neraka
selama 7 hari. Dan ingatlah, 7 hari di neraka amatlah lama di mana 1
hari di neraka bersamaan seratus 1000 tahun di dunia..
* dosa dan pahala sama banyak - golongan ini tidak akan dibawa ke
neraka mahupun syurga.(dalam surah al-a'raf ayat 46-48 ada
menceritakan tentang golongan ini)..

Di manakah posisi kita semua sekarang..?? ke manakah destinasi kita selepas ini..?? sama-salah kita semua renungkan..saya menyeru agar kita semua dapat hargai setiap saki baki detik dan waktu yang masih tinggal di bulan yang mulia ini..



jom topup bekalan kita..!! Bekalan yang terbaik di antara yang baik..!! insyaAllah..

Saturday, June 13, 2009

Penyesalan ketika menemui malaikat maut


Selimut Putih


Bila Izrail datang memanggil

Jasad terbujur di pembaringan


Seluruh tubuh akan menggigil

Terbujur badan dan kedinginan


Tak ada lagi gunanya harta

Kawan karib sanak saudara


Jikalau ada amal di dunia

Itulah hanya pembela diri


Janganlah mahu dikenang-kenang

Engkau digelar manusia agung


Sedarlah diri tahu diuntung

Sebelum masa keranda diusung


Datang masanya insaflah diri

Selimut putih pembalut badan


Tinggal semua yang dikasihi

Berbaktilah hidup sepanjang zaman


Firman Allah SWT yang bermaksud:

“ Dari tanah itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanyalah Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain.” (Taha:55)

Berkata Wahab bin Munabbih: “Ada seorang raja ingin berpergian dengan menaiki kenderaan. Maka ia suruh ambilkan baju untuk dipakainya, bila dibawakan ia tidak berkenan. Ia minta baju yang lain namun ia masih tidak berkenan juga. Akhirnya ia memakai baju yang dipilihnya sendiri setelah berkali-kali dipilihkan baju untuknya.

Begitu pula ia meminta dibawakan haiwan untuk kenderaannya. Maka didatangkan seekor haiwan untuk tunggangannya, tetapi ia tidak berkenan hingga didatangkan beberapa ekor haiwan, akhirnya ia menunggang yang terbaik di antaranya.

Kemudian datanglah iblis kepadanya meniupkan hidungnya dan mengisinya dengan kesombongan. Ia pun berangkat diiringi oleh pasukan berkudanya, sementara itu ia tidak memandang kepada orang lain kerana sombongnya.

Kemudian datang seorang lelaki buruk rupanya, lalu memberi salam. Namun raja itu tidak membalas salamnya. Orang itu memegang kendalinya.

Raja berkata: “Lepaskan kendali itu. Engkau telah melakukan kesalahan yang besar terhadapku.”

Orang itu berkata: “ Aku ada perlu denganmu.”
Raja berkata: “ Sabarlah hingga aku turun.”
Orang itu berkata: “ Tidak, sekarang juga.” Ia tetap memegang kendali kenderaannya.

Kemudian raja itu berkata kepadanya: “Sebutkan keperluanmu.”
Orang itu berkata: “Ini rahsia.” Kemudian raja mendekatkan kepalanya, lalu orang itu berbisik kepadanya seraya berkata: “Aku adalah malaikat maut.”

Maka berubahlah wajah raja dan gementar lidahnya.
Kemudian raja berkata: “Biarkan aku hingga aku kembali ke rumahku untuk memenuhi keperluanku serta nerjumpa dengan keluargaku.”

Malaikat maut berkata: “Demi Allah, engkau tidak akan menemui keluargamu lagi dan tidak ada kerajaaanmu sama sekali.”

Kemudian nyawanya dicabut dan ia pun roboh seperti kayu tumbang.


Kemudian malaikat maut berjumpa seorang yang salih dalam keadaan itu, lalu memberi salam kepadanya.

Maka malaikat itu berkata: “Aku ada perlu denganmu.”
Orang itu berkata: “Nyatakanlah apa keperluanmu.”
Kemudian ia membisikkan: “Aku malaikat, Marhaban ahlan wasahlan.” Sudah lama tidak menemuiku. Demi Allah, tidak seorang pun yang lebih aku senangi di bumi ini untuk berjumpa dengannya selain daripadamu.”


Kemudian malaikat maut berkata kepadanya: “Laksanakanlah apa-apa keperluanmu yang masih belum diselesaikan.”

Orang itu menjawab: “Aku tidak ada apa-apa keperluan yang lebih besar dan lebih aku sukai daripada segera berjumpa dengan Allah.”

Malaikat maut berkata: “Pilihlah dalam keadaan apa yang engkau sukai supaya aku mencabut nyawamu.”

Orang itu berkata: “ Engkau dapat lakukannya?”
Malaikat maut menjawab: “Ya begitulah.”
Orang itu berkata: “Biarkan aku hingga aku berwuduk dan melakukan solat, lalu cabutlah nyawaku ketika aku sedang sujud.”

Berkata Abu Bakar bin Abdullah Al-Muzani: “Seorang lelaki dari Bani Israil mengumpulkan harta. Ketika menjelang hari kematiannya, ia berkata kepada anak-anaknya: “Tunjukkanlah kepadaku berbagai macam hartaku. Maka didatang banyak kuda, unta dan hamba sahayanya.

Ketika memandang kepadanya, ia menangis kerana menyesalinya.
Malaikat maut melihatnya sedang menangis. Maka ia berkata: “Mengapa anda menangis? Demi Tuhan yang mengurniakannya, aku tidak akan keluar dari rumahmu hingga aku pisahkan antara ruh dan badanmu.”

Orang itu berkata: “Sebentar ya, biar aku memisahkannya.”
Malaikat maut berkata: “ Mustahil! Tidak ada penangguhan. Tidakkah engkau lakukan itu sebelum dating ajalmu?” Maka malaikat itu pun mencabut nyawanya.

Dipetik dari buku berjudul ‘PEDOMAN ORANG MUKMIN’ oleh Imam Ghazali.