~..Followers..~

Friday, September 11, 2009

Dari mana hendak ke mana..??

Sedar tak sedar kini Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya..Adakah pelayaran kita di lautan dunia selama ini telah sempurna..?? dan bagaimana pula dengan bekalan untuk kita bawa untuk perjalanan seterusnya..?? Kalau dihitung, perjalanan hidup kita di dunia ini amatlah singkat. Sebelum ini kita semua telah melalui 2 alam iaitu alam roh dan alam rahim. Sedarlah, kita semua sedang mengembara, bermulanya perjalanan kita adalah asalnya dari alam roh.

Firman Allah kepada Nabi s.a.w.:
"Jika mereka bertanya kamu tentang roh, katakanlah perkara roh adalah urusan Tuhanku".

Setelah itu, kita semua singgah ke alam yang gelap gelita, sempit, dan alam yang singkat dimana disebut alam rahim.


Seterusnya berpindahlah kita ke alam yang sekarang ini kita semua sedang lalui dimana alam yang luas, dimana kita semua perlu bekerja, berusaha untuk menyediakan bekalan untuk menuju ke alam yang seterusnya.

Firman Allah :
"Berbekallah sebanyak-banyaknya, dan sebaik-baik bekalan adalah bekalan takwa..".

Sediakan amal ibadat dan kumpulkan sebanyak2nya untuk dibawa ke alam seterusnya..



Firman Allah lagi :" jangan pentingkan dunia semata-mata.."

Di sini telah menunjukkan bahawa kita semua di dunia ini mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap diri kita sendiri terutamanya di mana kita hendaklah memastikan segala amalan yang kita lakuakan adalah seimbang.. Amalan di mana untuk dunia dan amalan untuk akhirat.. Tapi ingatlah, kita tak diberitahu oleh pencipta kita bahawa bila kita akan berpindah ke alam seterusnya iaitu alam barzakh. Betapa pedihnya azab mati..seberat-berat azab dunia adalah seringan-ringan azab mati..ya Allah, betapa sakitnya..

Sabda Nabi s.a.w. :
"Barang sesiapa yg memerlukan kekasih, cukuplah Allah sebagai kekasihnya, barang sesiapa yang memerlukan sesuatu perkara untuk bermesra dengannya, cukuplah baginya al-Quran sebagai penghibur, dan barang sesiapa yang memerlukan perkara yang boleh menyedarkannya dari kelalaian, maka matilah sahaja yg boleh menyedarkannya. Barang sesiapa yang tidak mahu ketiga-tiga tersebut maka nerakalah jawapannya..".

Berikut satu kisah nabi Musa :
Pernah diriwayatkan satu ketika di mana nabi Musa ingin memastikan bagaimana sakitnya mati, nabi Musa telah pergi ke satu perkuburan dan bermunajat supaya Allah hidupkan orang yang telah mati agar nabi Musa dapat bertanya sendiri kepada orang yang telah mati bagaimana peritnya mati.., inilah di antara mukjizat nabi Musa dimana boleh meminta dengan Allah agar dihidupkan orang yang dah mati..sedang nabi Musa duduk di atas kubur dan meminta agar dihidupkan manusia yang telah mati, tiba-tiba kubur bergoyang dan terbelah dua, maka bangunlah seorang manusia, muncullah manusia yang ada tanda yang menunjukkan manusia itu seorang yang beriman tapi pada badannya ada kesan lebam-lebam. Nabi Musa bertanya kepada manusia tersebut bagaimana sakitnya azab ketika mati, manusia itu menjawab bahawa azab mati masih terasa padanya walaupun dah 90 tahun mati..ya Allah, tak dapat dibayangkan bagaimana peritnya azab mati..

Nabi s.a.w ada menyebut bahawa orang yang nak mati ade 2 jenis, yang pertama orang yang Allah sayang dan yang kedua orang yang Allah tak sayang.. Orang yang Allah sayang adalah orang yang telah menjalankan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya manakala orang yang Allah tak sayang adalah orang yang melanggar segala perintah Allah semasa hidup di dunia.. Maka orang yang Allah sayang disuruh oleh Allah kpd malaikat maut agar mencabut nyawa orang itu dengan baik dan orang yang Allah tak sayang sebaliknya..

Dalam alam barzakh, segala amalan kita akan dihitung..adakah cukup amalan yang kita bekalkan semasa belayar di lautan dunia.. Di sinilah kita akan ditanya oleh mungkar dan nakir,

Sabda nabi s.a.w :
"Jika kamu dapat jawab semua soalan mungkar dan nakir, maka tidurlah kamu seperti tidurnya pengantin di mana tidur yang tenang sehingga hari kebangkitan. tapi jika kamu tidak boleh jawab, maka terseksalah kamu sehingga hari kebangkitan."

Alam seterusnya ialah alam mahsyar atau juga dikenali sebagai alam atau tempat di mana kita semua akan dihimpunkan.. Di sini tiada 2, 3 atau 4, yang ada hanyalah 1 mahkamah dan 1 hakim..

Sabda nabi s.a.w :
"Ada 7 jenis atau kumpulan manusia yang akan diletakkan di bawah bayang-bayang atau yang akan selamat di sini :
1. pemimpin yang adil.
2. anak muda atau remaja yang diasuh (baik).
3. orang yang terpikat dengan masjid.
4. 2 orang yang berkasih sayang kerana Allah.
5. bila ingat Allah, dia akan menangis memikirkan dosa dan pahala.
6. derma tanpa pengetahuan orang.
7. seorang lelaki apabila diajak perempuan buat maksiat, dia jawab "maaf saya takut
Allah..", begitu juga sebaliknya..

Di sini, sebelum berbicara di mahkamah Allah, manusia dipecahkan kepada 3 kumpulan :
kumpulan 1 : golongan yang dibawa ke neraka tanpa dihisab dahulu..
kumpulan 2 : golongan yang bertakwa kepada Allah..dan dibawa terus ke syurga tanpa
dihisab dahulu..
kumpulan 3 : golongan yang akan dihisab oleh Allah s.w.t..golongan ini dibahagikan
kepada 3 :
* dosa tak banyak - golongan ini pada mulanya Allah suruh malaikat
bawa terus ke neraka..di sini lah umat nabi s.a.w. mendapat syafaat,
dan maka mereka akan selamat dan dimasukkan ke syurga.
* dosa banyak - Allah suruh malaikat bawa golongan ini terus ke neraka
selama 7 hari. Dan ingatlah, 7 hari di neraka amatlah lama di mana 1
hari di neraka bersamaan seratus 1000 tahun di dunia..
* dosa dan pahala sama banyak - golongan ini tidak akan dibawa ke
neraka mahupun syurga.(dalam surah al-a'raf ayat 46-48 ada
menceritakan tentang golongan ini)..

Di manakah posisi kita semua sekarang..?? ke manakah destinasi kita selepas ini..?? sama-salah kita semua renungkan..saya menyeru agar kita semua dapat hargai setiap saki baki detik dan waktu yang masih tinggal di bulan yang mulia ini..



jom topup bekalan kita..!! Bekalan yang terbaik di antara yang baik..!! insyaAllah..

0 comments: